Saturday, October 9, 2010

Pelajaran 2: Ilmu Penyuluh Kehidupan

Pengertian Ilmu
Ilmu dari segi bahasa bermaksud pengetahuan, manakala dari segi istilah ialah pengetahuan sebenar terhadap sesuatu perkara. Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu kerana dengan ilmulah setiap individu muslim dapat mengenal Allah pencipta sekalian alam. Sabda Rasulullah yang bermaksud:
 
   Menuntut ilmu difardukan kepada setiap muslim. (Riwayat Ibn Majjah)


Martabat Dan Kelebihan Orang Berilmu
Allah mengi'tiraf dan memuliakan orang yang berilmu. Firman Allah yang bermaksud:

   .....dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan orang yang beriman diantara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat, dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Mujadilah, ayat 11)


Peranan Ilmu Kepada Individu
1. Dapat menyedarkan kita tentang keesaan, kekuatan dan kebijaksanaan Allah melalui ciptaan-Nya yang unik dan menarik.
2. Dapat melaksanakan ibadah kepada Allah seperti solat dan puasa bertepatan dengan syara'.
3. Dapat menguasai kemahiran dalam pelbagai bidang seperti perubatan, arkitek dan kejururawatan.

Peranan Ilmu Kepada Masyarakat
1. Melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dan perihatin.
2. Memudahkan interaksi dalam kehidupan.

Peranan Ilmu Kepada Negara
1. Membina kemajuan negara.
2. Disegani dan dihormati oleh dunia luar.