Allah Maha Berkuasa
"Kuasa pemerintahan" bermaksud kerajaan, manakala Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan pula bermaksud yang memiliki kekuasaan sepenuhnya.
Antara sebab-sebab kemuliaan ialah:
1) Beriman dan bertaqwa kepada Allah.
2) Berdoa dan bertawakal disamping berusaha.
3) Berbuat baik sesama manusia.
4) Berusaha bersungguh-sungguh kearah kebaikan.
Antara sebab-sebab kehinaan ialah:
1) Tidak melaksanakan perintah Allah.
2) Melanggar larangan Allah.
3) Tidak menjaga hubungan baik sesama manusia.
4) Malas berusaha dan tidak mahu berubah.
Firman Allah yang bermaksud:
...sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu ialah oang yang paling bertaqwa...(Al-Hujurat, ayat 13)
Akibat tidak menghargai nikmat Allah ialah:
1) Kehidupan menjadi sia-sia.
2) Menjadi makhluk perosak yang dibenci oleh Allah.
3) Kehidupan masyarakat porak-peranda
4) Negara akan hancur dan musnah.
5) Pencemaran yang berlaku akan membahayakan kesihatan.
6) Alam akan binasa.