Dengan beriman kepada malaikat akan memberikan kesan perubahan yang menyeluruh merangkumi aspek perkataan, perbuatan, hati dan pemikiran.
A. Perkataan
1) Mengeluarkan ucapan yang baik dan berfaedah.
2) Sering mendoakan kesejahteraan orang lain.
3) Berzikir, bertasbih, dan beristigfar kepada Allah.
4) Berda'wah kepada orang lain dengan mengajak mereka melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
B. Perbuatan
1) Taat dan mematuhi perintah Allah, ibubapa, guru dan pemimpin.
2) Berdisiplin dalam menunaikan tanggungjawab.
3) Rajin dan sabar dalam melakukan sesuatu pekerjaan seperti menuntut ilmu sama ada ilmu fardu ain atau fardu kifayah.
4) Istiqamah dalam beribadat kerana orang yang menyedari kewujudan malaikat akan berterusan melakukan ketaatan serta tidak tergamak melakukan maksiat.
C. Hati
1) Ikhlas kepada Allah dalam melakukan ketaatan.
2) Berani dan teguh hati dalam menghadapi cabaran hidup.
3) Jiwa sentiasa tenang serta tiada keluh kesah.
4) Cinta dan kasih kepada orang yang salih seperti para ilmuan Islam.
5) Mempunyai rasa takut dan malu apabila hendak melakukan perkara bertentangan dengan syariah dan adat.
D. Pemikiran
1) Melakukan muhasabah tentang kehidupan diri sendiri sama ada menjadi hamba Allah yang taat atau sebaliknya.
2) Berfikiran supaya dapat menjadi manusia yang paling baik, mulia dan sempurna seperti para malaikat.
3) Tegas, tetap pendirian dan bijak membuat keputusan dalam urusan kehidupan.
4) Berfikiran luas dan berpandangan jauh dalam sesuatu perkara yang dihadapi.
5) Jauh daripada terjebak dalam perkara hurafat dan tahayul yang berlaku dikalangan mereka yang tidak beriman kepada malaikat.