Wednesday, October 13, 2010

Pelajaran 26: Ni'mat Dan Musibah Ujian Kehidupan

Ni'mat ialah semua bentuk kesenangan, keperluan dan keselesaan yang diterima oleh seseorang seperti kesihatan, makanan, tempat tinggal dan keamanan. Musibah pula ialah semua bentuk kesusahan, halangan dan kesulitan yang dihadapi oleh seseorang seperti kesakitan, kelaparan, dan kematian.

Adab menerima ni'mat Allah ialah dengan bersykur kepada Allah melalui tiga aspek iaitu:
1) Hati
Meyakini bahawa ni'mat yang diterima ialah kuniaan Allah dan akan disoal pada hari akhirat.
2) Lisan
Memuji Allah dengan mnyebut 'Alhamdulillah' dan mengerjakan sujud syukur.
3) Amali
Menggunakan ni'mat dengan cara yang terbaik dan bermanfaat.

Akibat tidak bersyukur kepada Allah ialah:
1) Allah akan menarik balik ni'mat yang diberikan.
2) Individu dan masyarakat menjadi mundur.
3) Ditimpa kesempitan hidup.
4) Tidak dihormati oleh masyarakat.
5) Menerima azab diakhirat.

Adab ketika ditimpa musibah:
1) Tidak mudah putus asa.
2) Berusaha menyelesaikan masalah.
3) Beroda dan bertawakal kepada Allah.
4) Berfikiran positif.
5) Beristigfar memohon ampunan kepada Allah.