Tugas-tugas khusus malaikat.
1) Jibril- menyampaikan wahyu kepada para rasul dan nabi. Jibril ialah ketua para malaikat.
2) Mikail- menurunkan hujan dan mengatur pembahagian rezeki.
3) Israfil- meniup sangkakala pada hari kiamat sebanyak dua kali. Kali pertama menandakan kehancuran alam. Kali kedua menandakan bahawa manusia dihidupkan kembali.
4) Izrael- mengambil nyawa setiap makhluk yang bernyawa.
5) Munkar- menyoal orang mati dalam kubur.
6) Nakir- menyoal orang mati dalam kubur.
7) Raqib- mencatat amaln baik setiap manusia.
8) Atid- mencatat amalan buruk setiap manusia.
9) Riduan- menjaga pintu syurga.
10) Malik- menjaga pintu neraka.
Tugas-tugas umum malaikat.
1) Menanggung arash.
2) Mendoakan orang mu'min yang beribadat.
3) Bertasbih dan beribadat kepada Allah.
4) Menyampaikan berita gembira kepada orang mu'min.
5) Membantu fan menolong tentera Islam.
6) Memohon supaya diampuni dosa-dosa orang mu'min yang menuntut ilmu.
Perbezaan antara tugas malaikat dengan manusia.
Tugas malaikat:
1) Melaksanakan tugas dengan taat.
2) Melakukan tugas tanpa balasan pahala.
3) Sentiasa beribadat kepada Allah dan tidak diperintahkan untuk memakmurkan kehidupan dunia.